Monday, 18 January 2010

PESANAN ROH KEPADA KITA YANG HIDUP !



apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah agar kau membuka pakaianku perlahan-lahan kerana pada saat ini aku berehat daripada seretan malaikat maut.

kemudian mayat pula bersuara :
wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan yang panas. begitu juga jangan menuangkan dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuhku.

apabila dimandikan, roh merayu lagi :
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.

selepas dimandikan dan dikafankan, roh merayu :
jangan ikat aku terlalu kuat dan jangan kafankan kepalaku kerana ingin melihat wajah keluargaku buat kali yang terakhir sebab tak dapat dilihat lagi sehingga tibanya hari kiamat.

sebaik keluar dari rumah, ia berpesan :
demi Allah jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. maka janganlah kamu janganlah menyakitinya dan jagalah anak-anak ku yang telah menjadi yatim.
sesungguhnya pada saat aku keluar dari rumah ini, aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.

sesudah mayat diletakkan di dalam pengusung, ia menyeru :
jangan mempercepat mayatku ke kubur selagi belum mendengar suara kaum keluargaku.

sesudah dibawa dan melangkah sebanyak 3 langkah, roh pula berpesan :
wahai jemaahku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai di ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku.
sesungguhnya, aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menangguh kesalahnku.
adapun di dunia, Allah telah menghisabku padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku.

1 comment:

  1. bes r. t post cite cmni bnyak2 ea. insaf skit ak nih=D

    ReplyDelete