hai hai hai. dah lama tak update blog ni rasanya. jadi aku rasa nak kembali kepada topik semasa lah. topik ni aku rasa ada kaitan dalam kehidupan korang sekalian. tak gitu??? =DD
agaknya apalah yang korang buat ya untuk hadapi masalah ini? berkongsi cerita lah sedikit. jangan kedekut berkongsi pengalaman. kita hanya tambah pengetahuan. =0) anyway,pernah ke korang lalui perkara ini, adik-beradik korang :
busuk hati :
mmm. dalam waktu sekarang ni masih ada lagi ke orang macam ni. aku ingat zaman cinderella dulu je ada. contoh paling dekat, bila kita nak online. sibuk je nak online juga. yalah, takut sangat kalau friends atau komen lebih banyak daripada yang empunya diri.
p/s : sabarkan lah diri anda. dan bertindak matang. maksudnya, bagi jelah. tak payah layan muka kerang busuk dorang tuh.
meniru identiti :
contohnya, mungkin selama ini kita terkenal dengan sesuatu fesyen lah kan. pakai maxi dress with cardigan. tapi adalah pula yang ingin tiru. pastu warna pun lebih kurang je. mesti berapi kan kan kan? ada pula tu, sibuk nak tiru apa yang kita tulis kat dalam blog la and yang seangkatan dengannya. mesti tambah berapi...argghh
p/s : kena bertindak tegas lah. suruh dia ubah identiti tuh. kan banyak lagi benda lain or idea lain dah tak pernah difikirkan orang.
pemalas :
bila kita suruh buat sesuatu. ada sahaja alasan. pura-pura tidur lagi teruk. rasa macam nak ambil hammer then hentak terus je kat kepala. walhal, kadang-kadang tu mak yang suruh dan memang kerja dia pun kena buat semua tuh. tak pasal2 kita pula yang kena take over.
p/s : jerit sahaja kat mak korang tuh. biar mak korang pula take over untuk wrestle dengan dia.
=))
tak boleh bertolak-ansur :
biasanya mestilah dengan adik kalau korang berhadapan dengan masalah ini kan? errmm..menyampah!! haha.
p/s : sometimes, korang kena lah marah sikit biar dorang tu takut sikit. pastu kalau mak tanya kenapa adik korang nangis, just cakap lah apa yang dia dah buat. tapi biarlah kukuh sedikit bukti, so kemenangan di tangan anda. =D
SEMOGA BERJAYA!!
oit mek...
ReplyDeleteaku ke???
haha . bagus punye kaka . kaw ni . bangga angah amek kaw jadi PRS . haha . :P
ReplyDelete