
logo ni mesti korang selalu tengok kan? majoriti orang ada facebook. tak kesah lah budak sekolah ke, tak sekolah ke, semua boleh dikatakan ada facebook. sehingga julai 2007, terdapat 34 juta pengguna berdaftar dan mencecah 80 juta pengunjung menjelang januari 2009. facebook ni diasaskan pada 4 februari 2004 oleh Mark Zuckerberg untuk kegunaan pelajar Universiti Harvard sahaja mulanya. lepas 2 bulan barulah dibuka kepada semua orang di dunia ini.tapi hari ini aku bukan nak popularkan facebook, tapi nak berkongsi sedikit apa yang telah aku baca dalam akhbar Metro mengenai hukum menyertai facebook dan diulas oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman :
boleh untuk umat islam menjual, menggunakan produk bukan islam selagi dalam
lingkungan yang halal.
2. adakah penyaluran dana kepada individu yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan Palestin?
jika sesuatu jual beli memberikan keuntungan kepada organisasi yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk penjajahan, hukum HARUS berubah menjadi HARAM. namun dalam facebook, tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa keuntungan digunakan untuk menjajah. jadi hukum menyertai facebook masih lagi HARUS.
3. hak peribadi pengguna dijajah?
ada benarnya, kerana dalam polisi, gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam facebook boleh dikongsi oleh pengguna facebook yang lain.
KESIMPULANNYA :
- hukum menyertai facebook ialah harus.
- bagi yang meragui facebook, dinasihatkan agar tidak menyertainya langsung.
- penggunaan facebook untuk kebaikan umat islam adalah digalakkan.
- pengguna dinasihatkan untuk tidak memasukkan data peribadi seperti nombor akaun bank dan sebagainya yang melambangkan identiti pengguna.
- pengguna juga tidak terlibat dengan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib secara suka-suka atau sebagainya.
- pengguna juga diminta tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.
p/s : aku sendiri pun pernah terlajak perahu. aku pernah ambil kuiz bengong-bengong..tapi masa tu aku sendiri pun tak baca lagi pasal benda-benda ni. so, korang yang dah baca tu. ambillah iktibar, jangan dibuatnya lagi..=DD
No comments:
Post a Comment