Monday, 18 January 2010

PESANAN ROH KEPADA KITA YANG HIDUP !



apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah agar kau membuka pakaianku perlahan-lahan kerana pada saat ini aku berehat daripada seretan malaikat maut.

kemudian mayat pula bersuara :
wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan yang panas. begitu juga jangan menuangkan dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuhku.

apabila dimandikan, roh merayu lagi :
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat kerana tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.

selepas dimandikan dan dikafankan, roh merayu :
jangan ikat aku terlalu kuat dan jangan kafankan kepalaku kerana ingin melihat wajah keluargaku buat kali yang terakhir sebab tak dapat dilihat lagi sehingga tibanya hari kiamat.

sebaik keluar dari rumah, ia berpesan :
demi Allah jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. maka janganlah kamu janganlah menyakitinya dan jagalah anak-anak ku yang telah menjadi yatim.
sesungguhnya pada saat aku keluar dari rumah ini, aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.

sesudah mayat diletakkan di dalam pengusung, ia menyeru :
jangan mempercepat mayatku ke kubur selagi belum mendengar suara kaum keluargaku.

sesudah dibawa dan melangkah sebanyak 3 langkah, roh pula berpesan :
wahai jemaahku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai di ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku.
sesungguhnya, aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menangguh kesalahnku.
adapun di dunia, Allah telah menghisabku padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku.

Monday, 11 January 2010

HUKUM MENYERTAI FACEBOOK



logo ni mesti korang selalu tengok kan? majoriti orang ada facebook. tak kesah lah budak sekolah ke, tak sekolah ke, semua boleh dikatakan ada facebook. sehingga julai 2007, terdapat 34 juta pengguna berdaftar dan mencecah 80 juta pengunjung menjelang januari 2009. facebook ni diasaskan pada 4 februari 2004 oleh Mark Zuckerberg untuk kegunaan pelajar Universiti Harvard sahaja mulanya. lepas 2 bulan barulah dibuka kepada semua orang di dunia ini.tapi hari ini aku bukan nak popularkan facebook, tapi nak berkongsi sedikit apa yang telah aku baca dalam akhbar Metro mengenai hukum menyertai facebook dan diulas oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman :





1. bolehkah menggunakan produk yahudi?
boleh untuk umat islam menjual, menggunakan produk bukan islam selagi dalam
lingkungan yang halal.

2. adakah penyaluran dana kepada individu yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan Palestin?
jika sesuatu jual beli memberikan keuntungan kepada organisasi yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk penjajahan, hukum HARUS berubah menjadi HARAM. namun dalam facebook, tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa keuntungan digunakan untuk menjajah. jadi hukum menyertai facebook masih lagi HARUS.

3. hak peribadi pengguna dijajah?
ada benarnya, kerana dalam polisi, gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam facebook boleh dikongsi oleh pengguna facebook yang lain.

KESIMPULANNYA :
  • hukum menyertai facebook ialah harus.
  • bagi yang meragui facebook, dinasihatkan agar tidak menyertainya langsung.
  • penggunaan facebook untuk kebaikan umat islam adalah digalakkan.
  • pengguna dinasihatkan untuk tidak memasukkan data peribadi seperti nombor akaun bank dan sebagainya yang melambangkan identiti pengguna.
  • pengguna juga tidak terlibat dengan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib secara suka-suka atau sebagainya.
  • pengguna juga diminta tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.
p/s : aku sendiri pun pernah terlajak perahu. aku pernah ambil kuiz bengong-bengong..tapi masa tu aku sendiri pun tak baca lagi pasal benda-benda ni. so, korang yang dah baca tu. ambillah iktibar, jangan dibuatnya lagi..=DD








Monday, 4 January 2010

ADIK-BERADIK SENDIRI KADANG-KADANG MENYAKITKAN HATI??

gambar hiasan.

hai hai hai. dah lama tak update blog ni rasanya. jadi aku rasa nak kembali kepada topik semasa lah. topik ni aku rasa ada kaitan dalam kehidupan korang sekalian. tak gitu??? =DD


agaknya apalah yang korang buat ya untuk hadapi masalah ini? berkongsi cerita lah sedikit. jangan kedekut berkongsi pengalaman. kita hanya tambah pengetahuan. =0) anyway,pernah ke korang lalui perkara ini, adik-beradik korang :

busuk hati :
mmm. dalam waktu sekarang ni masih ada lagi ke orang macam ni. aku ingat zaman cinderella dulu je ada. contoh paling dekat, bila kita nak online. sibuk je nak online juga. yalah, takut sangat kalau friends atau komen lebih banyak daripada yang empunya diri.
p/s : sabarkan lah diri anda. dan bertindak matang. maksudnya, bagi jelah. tak payah layan muka kerang busuk dorang tuh.

meniru identiti :
contohnya, mungkin selama ini kita terkenal dengan sesuatu fesyen lah kan. pakai maxi dress with cardigan. tapi adalah pula yang ingin tiru. pastu warna pun lebih kurang je. mesti berapi kan kan kan? ada pula tu, sibuk nak tiru apa yang kita tulis kat dalam blog la and yang seangkatan dengannya. mesti tambah berapi...argghh
p/s : kena bertindak tegas lah. suruh dia ubah identiti tuh. kan banyak lagi benda lain or idea lain dah tak pernah difikirkan orang.

pemalas :
bila kita suruh buat sesuatu. ada sahaja alasan. pura-pura tidur lagi teruk. rasa macam nak ambil hammer then hentak terus je kat kepala. walhal, kadang-kadang tu mak yang suruh dan memang kerja dia pun kena buat semua tuh. tak pasal2 kita pula yang kena take over.
p/s : jerit sahaja kat mak korang tuh. biar mak korang pula take over untuk wrestle dengan dia.
=))

tak boleh bertolak-ansur :
biasanya mestilah dengan adik kalau korang berhadapan dengan masalah ini kan? errmm..menyampah!! haha.
p/s : sometimes, korang kena lah marah sikit biar dorang tu takut sikit. pastu kalau mak tanya kenapa adik korang nangis, just cakap lah apa yang dia dah buat. tapi biarlah kukuh sedikit bukti, so kemenangan di tangan anda. =D

SEMOGA BERJAYA!!

Sunday, 3 January 2010

happy birthday, MR. and MISS JAN !!


nur amirah binti ayob 2 jan 1992


khalid 7 jan 1993


muhd afiq yusof 15 jan 1992


siti sarah nordin 15 jan 1988


muhd aizat yusof 15 jan 1992


muhd syafiq sheafi 17 jan 1992