hai hai hai. ermm, sekali imbas je rasanya tahun 2009 nih. yalah, pejam celik pejam celik dah besar je rasanya. sudin pun dah makin tinggi macam ditarik-tarik sahaja. mulai tahun baru ni rasanya nak belajar macam-macam lah. takkan lah nak buang masa macam tu 3 bulan. rugi betul. baik aku belajar something.
First : DRIVING
aku dah daftar untuk belajar driving. alah, bukan jauh pon, setakat depan rumah jer. setakat ini, aku dah dengar ceramah 5 jam. tapi, aku belum buat ujian buat warna lagi.including undang-undang lah. haih. pening. tapi menurut sepupu, senang macam bertih goreng. ape-apepun, tunggu lah. kita tengok macam bertih goreng atau engkau yang aku goreng. =)
Second : SEWING
korang jangan lah terkejut pula. bukan apa. aku sekarang nih dah umur 17 bulan. eh, silap 17 tahun. 2010 nanti, aku dah umur 18 tahun. tak lama lagi, mungkin dalam sepuluh tahun lagi kot, aku bakal jadi emak orang. waktu tu, takkan lah butang baju anak aku tercabut, aku nak hantar kedai. malu kot. kalau mak mentua aku tengok, mahu dia mengucap dari pagi sampai ke petang. aku belajar pun bukannya apa. atas dasar keinginan emak aku juga. emak aku cakap, kalau keluar universiti nanti, tapi tak ada kerja. boleh lah aku buka butik. silap-silap nanti, siapa yang gelakkan aku pergi kelas menjahit ni, yang hantar baju dekat aku. time tuh, memang aku pula yang gelak besar sampai tertonggeng-tonggeng lah. charge pun lebih sedikit. =D
Third : SWIMMING
aktiviti nih seorang pak cik yang amat mulia hatinya yang cadangkan dekat aku. namanya dutas. aku kenal masa dekat ancol, jakarta. yalah, time tuh aku nak suruh adik aku snap gambar aku dekat dalam kolam. tiba-tiba, pak cik tu pula yang sukarela nak snap. aku pun bagi je lah. bukan apa. waktu tu rasa macam, orang mengantuk, disurungkan bantal pula. lepas tu, dia pun tanya sama ada aku ni pandai berenang ke tidak. aku pun, cakap lah tidak. dan-dan tu lah pula dia ajar. lepas tuh, aku dapat durian runtuh. member dia pula nak ajar aku float. haha. best gile. ak pun apply lah konsep archimedes tuh. weight of water displaced = weight of the object.
anyway, semua ini hanyalah azam aku sahaja. aku pun tak tahu lah sama ada aku boleh buat ke tidak. harap-harap jadilah azam aku ni.
No comments:
Post a Comment