
aku rasa hari ini nak cerita sedikit pasal kahwin muda nih. bukannya apa. hari ini Allah dah menemukan aku dengan seseorang yang tidak aku duga. kerana aku jumpa dialah, aku rasa nak menulis dalam ruangan blog ini.
nama insan tu aku lupa nak tanya. tapi itu semua tidak penting. untuk makluman korang, dia seorang perempuan. aku kenal dekat danau kota. selepas aku tamat jawab ujian teori berkomputer.
aku : akak tunggu siapa?
akak : oh, ada orang yang akan ambil.
aku : macam mana exam tadi?
akak : gagal lah dik. adik ni masih belajar ke?
aku : ha'ah. 17. baru saja lepas spm 8hb tu.
akak : oh, akak ni umur 27. dah kahwin. dah ada 2 anak pun.
aku : hah? (terkejut) muka akak muda lagi lah. anyway, yang pertama umur berapa?
akak : tahun depan 7 lah. yang second enam tahun.
aku : so, akak kahwin umur 20 or 19 lah?
akak : ha'ah. umur 20.
aku : sori lah kalau saya tanya, akak kahwin ni akak yang hendak atau family suruh?
akak : akak lah. masa tu gatal miang sangat nak kahwin. tak pernah fikir masa depan. akak gagal ni pun mungkin sebab tergesa-gesa. rasa macam nak ambil lagi sekali je. yalah, tadi fikir pasal anak. dorang dah makan ke belum. risau lah...
aku : alah, tak pe lah.
akak : akak nasihatkan, kalau belum bersedia tu. jangan lah menggatal nak kahwin. memanglah masa bujang tu, nak merasa ada anak lah. ada laki lah. tapi bila dah rasa, macam nak balik ke masa bujang tau. sekarang ini, nak jaga laki lagi. anak lagi. makan minum dorang. susah...
aku : tak pe lah kak. daripada akak duduk berdua tapi tak kahwin, lagi banyak maksiat.
akak : memang lah orang cakap macam tu. tapi lain daripada masa bujang dulu. so, bila dah betul-betul jemu membujang tu, barulah kahwin....
tiba-tiba, aku nampak Cik Mie(instructor) datang. aku pun terpaksalah minta diri dan tak boleh borang panjang dengan akak tu. aku tengok muka akak tu memang runsing.
kat sini, aku nak titipkanlah.kepada sesiapa yang terbaca coretan aku ni, tolonglah fikir banyak-banyak kali sebelum kahwin. biarlah lengkap mental dan fizikal tu. jangan main redah je nak kahwin. apa-apapun, aku sendiri pun cuba untuk tidak kahwin muda. =)) bukannya apa, zaman sekarang nih bukan macam tok nek kita dulu.
bak kata S.M. Salim, dulu lain, sekarang lain....