Wednesday, 30 December 2009

MAHU KAHWIN MUDA??

hai hai hai. seperti biasa lah tagline ini. apa-apapun, sebelum menulis. ingin ditekankan yang gambar di atas hanyalah sekadar gambar hiasan. bukan untuk diperlikan. =))
aku rasa hari ini nak cerita sedikit pasal kahwin muda nih. bukannya apa. hari ini Allah dah menemukan aku dengan seseorang yang tidak aku duga. kerana aku jumpa dialah, aku rasa nak menulis dalam ruangan blog ini.
nama insan tu aku lupa nak tanya. tapi itu semua tidak penting. untuk makluman korang, dia seorang perempuan. aku kenal dekat danau kota. selepas aku tamat jawab ujian teori berkomputer.
aku : akak tunggu siapa?
akak : oh, ada orang yang akan ambil.
aku : macam mana exam tadi?
akak : gagal lah dik. adik ni masih belajar ke?
aku : ha'ah. 17. baru saja lepas spm 8hb tu.
akak : oh, akak ni umur 27. dah kahwin. dah ada 2 anak pun.
aku : hah? (terkejut) muka akak muda lagi lah. anyway, yang pertama umur berapa?
akak : tahun depan 7 lah. yang second enam tahun.
aku : so, akak kahwin umur 20 or 19 lah?
akak : ha'ah. umur 20.
aku : sori lah kalau saya tanya, akak kahwin ni akak yang hendak atau family suruh?
akak : akak lah. masa tu gatal miang sangat nak kahwin. tak pernah fikir masa depan. akak gagal ni pun mungkin sebab tergesa-gesa. rasa macam nak ambil lagi sekali je. yalah, tadi fikir pasal anak. dorang dah makan ke belum. risau lah...
aku : alah, tak pe lah.
akak : akak nasihatkan, kalau belum bersedia tu. jangan lah menggatal nak kahwin. memanglah masa bujang tu, nak merasa ada anak lah. ada laki lah. tapi bila dah rasa, macam nak balik ke masa bujang tau. sekarang ini, nak jaga laki lagi. anak lagi. makan minum dorang. susah...
aku : tak pe lah kak. daripada akak duduk berdua tapi tak kahwin, lagi banyak maksiat.
akak : memang lah orang cakap macam tu. tapi lain daripada masa bujang dulu. so, bila dah betul-betul jemu membujang tu, barulah kahwin....
tiba-tiba, aku nampak Cik Mie(instructor) datang. aku pun terpaksalah minta diri dan tak boleh borang panjang dengan akak tu. aku tengok muka akak tu memang runsing.
kat sini, aku nak titipkanlah.kepada sesiapa yang terbaca coretan aku ni, tolonglah fikir banyak-banyak kali sebelum kahwin. biarlah lengkap mental dan fizikal tu. jangan main redah je nak kahwin. apa-apapun, aku sendiri pun cuba untuk tidak kahwin muda. =)) bukannya apa, zaman sekarang nih bukan macam tok nek kita dulu.
bak kata S.M. Salim, dulu lain, sekarang lain....

Tuesday, 29 December 2009

LELAKI PUN MENOPAUSE??



hai hai hai. kepada anda semua, janganlah terkejut bila baca tajuk nih. aku pilih pun bukannya apa. untuk bagi informasi. bukan untuk dapat kontroversi. aku rasa terpanggil untuk bagi maklumat ini sebab aku terbaca artikel dekat koran indonesia, KOMPAS.

selama ini, kita hanya dengar perempuan sahaja yang menopause. jadi, bila baca artikel ini, biar terjojol mata bapak-bapak sekalian. yalah, kalau mak korang marah, mesti korang kaitkan dengan nak menopause. so, sekarang ini kalau bapak korang marah pula boleh lah korang cakap nak menopause. tapi istilah tu ubahlah sedikit, andropause.



simptom :



  1. mudah letih



  2. kaku pada otot



  3. kulit kering



  4. mudah hilang keyakinan diri



  5. mudah marah



  6. susah tidur



  7. keghairahan seks menurun


maklumat tambahan :


Kadar testosteron berkurang sekitar satu peratus setiap tahunnya lelaki memasuki usia 40 tahun. Di usia 70 tahun, penurunan testosteron pada lelaki boleh mencapai 50 peratus tau.


tapi, aku sangsi lah dengan simptom no.7 tu. bukannya apa. setahu aku sekarang ni ramai je datuk-datuk yang melakukan sumbang mahram dengan cucu. tak tahu lah survey ni ambil tahu hal semasa ke tidak atau sama sahaja macam katak bawah tempurung. =))

Sunday, 27 December 2009

AZAM TAHUN BARU??

hai hai hai. ermm, sekali imbas je rasanya tahun 2009 nih. yalah, pejam celik pejam celik dah besar je rasanya. sudin pun dah makin tinggi macam ditarik-tarik sahaja. mulai tahun baru ni rasanya nak belajar macam-macam lah. takkan lah nak buang masa macam tu 3 bulan. rugi betul. baik aku belajar something.
First : DRIVING
aku dah daftar untuk belajar driving. alah, bukan jauh pon, setakat depan rumah jer. setakat ini, aku dah dengar ceramah 5 jam. tapi, aku belum buat ujian buat warna lagi.including undang-undang lah. haih. pening. tapi menurut sepupu, senang macam bertih goreng. ape-apepun, tunggu lah. kita tengok macam bertih goreng atau engkau yang aku goreng. =)
Second : SEWING
korang jangan lah terkejut pula. bukan apa. aku sekarang nih dah umur 17 bulan. eh, silap 17 tahun. 2010 nanti, aku dah umur 18 tahun. tak lama lagi, mungkin dalam sepuluh tahun lagi kot, aku bakal jadi emak orang. waktu tu, takkan lah butang baju anak aku tercabut, aku nak hantar kedai. malu kot. kalau mak mentua aku tengok, mahu dia mengucap dari pagi sampai ke petang. aku belajar pun bukannya apa. atas dasar keinginan emak aku juga. emak aku cakap, kalau keluar universiti nanti, tapi tak ada kerja. boleh lah aku buka butik. silap-silap nanti, siapa yang gelakkan aku pergi kelas menjahit ni, yang hantar baju dekat aku. time tuh, memang aku pula yang gelak besar sampai tertonggeng-tonggeng lah. charge pun lebih sedikit. =D
Third : SWIMMING
aktiviti nih seorang pak cik yang amat mulia hatinya yang cadangkan dekat aku. namanya dutas. aku kenal masa dekat ancol, jakarta. yalah, time tuh aku nak suruh adik aku snap gambar aku dekat dalam kolam. tiba-tiba, pak cik tu pula yang sukarela nak snap. aku pun bagi je lah. bukan apa. waktu tu rasa macam, orang mengantuk, disurungkan bantal pula. lepas tu, dia pun tanya sama ada aku ni pandai berenang ke tidak. aku pun, cakap lah tidak. dan-dan tu lah pula dia ajar. lepas tuh, aku dapat durian runtuh. member dia pula nak ajar aku float. haha. best gile. ak pun apply lah konsep archimedes tuh. weight of water displaced = weight of the object.
anyway, semua ini hanyalah azam aku sahaja. aku pun tak tahu lah sama ada aku boleh buat ke tidak. harap-harap jadilah azam aku ni.